Cari:
Poland akan Tingkatkan Pembinaan Tentera
2017-07-01 14:32:09 CRI Cetak

Poland akan memperuntukkan "dana yang sukar untuk dijangkakan" untuk pembinaan modenisasi tentara kerana negara itu memerlukan perindustrian tentera yang moden dan berjalan lancar.

Demikian dikatakan Presiden Poland, Andrzej Duda ketika menghadiri satu mesyuarat di Universiti Sains dan Teknologi Warsaw semalam. Mesyuarat itu bertema "Modenisasi perindustrian pertahanan Poland, komponen penting dalam sistem keselamatan negara".

Duda berkata, senjata canggih dan pakej yang berkaitan merupakan jaminan keselamatan negara, Poland memerlukan satu perindustrian ketenteraan baharu yang moden, teratur dan berjalan lancar.

Menurut rancangan kerajaan Poland, peruntukan tentera negara itu dari 2013 hingga 2022 akan melebihi 400 bilion zloty (RM463.8 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China