Cari:
Suspek Culik Warga China Ditahan di AS
2017-07-01 13:51:43 CRI Cetak

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan pihaknya telah menahan seorang suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penculikan warga China, Zhang Yingying.

Menurut FBI, Zhang Yingying dipercayai telah maut.

Kereta yang dinaiki Zhang sebelum beliau hilang telah ditemui pada 27 Jun lalu. FBI menyeru orang awam memberikan maklumat mengenai kehilangan warga China itu.

Zhang Yingying yang berumur 26 tahun melawat dan belajar di Universiti Illinois cawangan Urbana-Champaign bermula pada April lalu. Beliau dilaporkan hilang setelah menaiki sebuah kereta pada pukul 2.00 petang 9 Jun lalu. FBI kemudian menyifatkan kes itu sebagai penculikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China