Cari:
Xi, Trump Berbincang Menerusi Telefon
2017-07-03 15:11:29 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan Presiden AS, Donald Trump menerusi telefon hari ini.

Hubungan dua hala China-AS dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hamburg, Jerman menjadi fokus perbincangan tersebut.

Presiden Xi berkata, sejak pertemuan di Mar-a-Lago, hubungan China-AS telah memperlihatkan perkembangan yang positif. Kedua-dua negara perlu terus melaksanakan konsensus yang dicapai dalam pertemuan itu dengan prinsip saling menghormati, saling menguntungkan, mengutamakan kerjasama dan menangani percanggahan pendapat dengan baik.

Tambah beliau, China dan AS perlu bekerjasama dengan anggota G20 lain dalam menghadapi cabaran ekonomi global. Interaksi dan sinergi perlu ditingkatkan bagi menjayakan sidang kemuncak di Hamburg dan menjana pertumbuhan ekonomi.

Trump pula berkata, hubungan AS-China berpotensi luas kerana kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama dalam pelbagai bidang. Beliau menanti-nantikan untuk duduk berbincang dengan Presiden Xi dan para pemimpin lain tentang isu-isu yang menjadi kepentingan bersama dalam Sidang Kemuncak G20 nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China