Cari:
China, Jerman Mahu Perkongsian Strategik Lebih Kukuh
2017-07-05 13:40:39 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Angela Merkel di bekas kediaman pelukis Max Liebermann semalam.

Xi melahirkan harapan untuk terus mengukuhkan perkongsian strategik China-Jerman dalam segenap aspek melalui lawatan kali ini.

China mengalu-alukan penglibatan syarikat Jerman dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Beliau menyatakan bahawa semakin rumit situasi antarabangsa, semakin signifikannya perkembangan hubungan China dan Eropah.

China menyokong Kesatuan Eropah (EU) yang bersatu, stabil, makmur dan terbuka.

Merkel mengalu-alukan lawatan Presiden Xi, sambil menyatakan hubungan Jerman-China berkembang baik dan kerjasama bilateral amat berhasil.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongan terhadap penganjuran Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hamburg.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China