Cari:
Pelancong China ke Luar Negara Meningkat Ketara
2017-07-07 14:24:46 CRI Cetak

Jumlah pelancong China ke luar negara mencatat 128 juta pada tahun 2015, meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 11 tahun lalu. Namun, pada masa yang sama, pertumbuhan pelancong asing ke China lebih rendah berbanding seluruh Asia Pasifik.

Menurut laporan yang dikeluarkan Pusat China dan Globalisasi (CCG) dan pembekal perkhidmatan pelancongan Ctrip, pelancong China amat dialu-alukan di seluruh dunia dengan kuasa beli yang besar.

Walaupun ekonomi global masih lembap, namun jumlah perbelanjaan pelancong dari Tanah Besar China meningkat ketara.

Pada tahun 2016, perbelanjaan pelancong Tanah Besar China di seberang laut mencecah USD261 bilion (RM1.1 trilion), mewakili hampir 21% seluruh perbelanjaan pelancongan dunia, yang turut menjana ekonomi dunia dan negara-negara yang menjadi destinasi mereka.

Bagaimanapun, dalam tempoh 11 tahun yang sama, pelancong asing yang melawat China meningkat 11.2%, hanya naik 1% setahun secara purata. Angka ini lebih rendah berbanding entiti ekonomi maju dan baru muncul serta seluruh Asia Pasifik.

Dasar visa dan perkhidmatan pelancongan yang belum mencapai taraf antarabangsa dianggap punca pertumbuhan yang terbantut itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China