Cari:
Presiden Xi Bertemu Moon Jae-in
2017-07-07 14:54:25 CRI Cetak

China menghargai kesungguhan Korea Selatan untuk membaiki hubungan bilateral dengan menghantar delegasi kerajaan ke Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) di Beijing pada Mei lalu, serta menyampaikan surat tulis tangan Presiden Moon Jae-in melalui utusan khas.

Dalam pertemuan dengan Moon Jae-in di Berlin semalam, Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa China tidak ingin melihat hubungan dengan Korea Selatan disulami kesukaran.

Hubungan dengan Korea Selatan amat penting bagi China, yang sentiasa berusaha mengukuhkan persahabatan.

China bersedia bergabung tenaga dengan Korea Selatan untuk mengembalikan hubungan bilateral ke landasan yang sihat dan stabil, bertepatan dengan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik.

Moon Jae-in menyatakan bahawa pihaknya mementingkan hubungan dengan China. Kedua-dua negara mempunyai banyak kepentingan bersama dan telah menjadi rakan kerjasama yang penting.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan syarikat China dalam insiden feri "Sewol".

Situasi semasa di Semenanjung Korea juga menjadi tumpuan pertemuan tersebut.

Presiden Xi menyatakan bahawa China tetap berusaha menggalakkan pewujudan Semenanjung Korea yang bebas nuklear dan penyelesaian isu berkenaan melalui dialog.

China menyokong usaha kerajaan baharu Korea Selatan untuk memulihkan dialog dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Moon Jae-in bersetuju dengan saranan untuk menyelesaikan isu semenanjung berkenaan melalui dialog, sambil menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan China ke arah itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China