Cari:
Media B&R Lawat Pelabuhan Nansha
2017-07-07 15:04:16 CRI Cetak

Rombongan media dari negara-negara terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang mengikuti program liputan ke Guangzhou, China melawat ke pelabuhan Nansha di bandar itu semalam.

Dalam temu bual dengan juruhebah stesen televisyen MONO29 Thailand, Jasada Maneerat, Naib Pengurus Besar Syarikat Pelabuhan Guangzhou, Song Xiaoming menyatakan bahawa pertukaran perdagangan antara Guangzhou dan Thailand amat rancak.

Buah-buahan dan ubi kayu antara produk utama yang diimport dari Thailand melalui pelabuhan Nansha. Kini, terdapat dua hingga tiga buah kapal dagang yang berulang-alik antara Thailand dan pelabuhan itu setiap minggu.

Angka ini diharap bertambah kepada setiap hari bagi mendorong kerjasama ekonomi antara Thailand dan Guangzhou. Guangzhou merupakan bandar penting dalam Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Jasada menyatakan bahawa inisiatif B&R membawa lebih banyak peluang pembangunan kepada Thailand. Thailand juga mengimport banyak barangan dari Guangzhou, dan semakin ramai rakyat Thailand berminat merintis kerjaya ke Guangzhou.

Beliau yakin, B&R akan mengeratkan pertukaran dan kerjasama antara China dan Thailand dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kebudayaan, pelancongan serta pendidikan.

1  2  
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China