Cari:
G20 Diseru Galak Integrasi Perdagangan
2017-07-07 14:33:25 CRI Cetak

Pemimpin negara Kumpulan 20 (G20) diseru mengambil inisiatif untuk menggalakkan integrasi perdagangan demi pertumbuhan ekonomi global, di samping melaksanakan pembaharuan bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Seruan itu dibuat dalam kenyataan bersama Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde, Presiden Bank Dunia (WB), Jim Yong Kim dan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Roberto Azevedo, semalam.

Menurut kenyataan itu, sejak awal abad ini, keterbukaan entiti ekonomi utama dunia terbantut ekoran sekatan perdagangan dan amalan perlindungan.

Negara G20 diseru menghapuskan amalan tersebut bagi merancakkan aktiviti perdagangan.

Mereka juga perlu menambah bantuan terhadap golongan buruh yang terpengaruh oleh perdagangan dan teknologi, termasuk menyediakan latihan kemahiran yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup golongan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China