Cari:
G20 Terus Tingkat Kerjasama Antikeganasan
2017-07-08 16:04:10 CRI Cetak

Kumpulan 20 (G20) akan terus mengintensifkan kerjasama antikeganasan termasuk melaksanakan komitmen yang dibuat sebelum ini, meningkatkan perkongsian maklumat, menyekat dana kepada kumpulan pengganas serta memerangi radikalisme dan kegiatan keganasan melalui Internet.

Pemimpin G20 dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan di Hamburg, Jerman semalam, mengecam sekeras-kerasnya serangan keganasan di seluruh dunia, sambil menyatakan insiden berkenaan telah mengukuhkan tekad mereka untuk meningkatkan kerjasama bagi melindungi keselamatan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China