Cari:
Federer Juara Wimbledon Kali ke-8
2017-07-17 14:03:59 CRI Cetak

Bintang tenis Switzerland, Roger Federer menewaskan pemain Croatia, Marin Cilic untuk menjadi pemain lelaki pertama yang bergelar juara perseorangan kejohanan tenis Wimbledon sebanyak lapan kali, semalam.

Kemenangan ini turut mencatat rekod Grand Slam ke-19 bagi Federer.

Kali pertama Federer memenangi kejohanan Wimbledon adalah pada tahun 2003 selepas menewaskan Mark Philippoussis dari Australia.

Setakat ini, beliau telah menjuarai lapan kejohanan Wimbledon, lima Terbuka Australia, lima Terbuka Amerika Syarikat dan sekali Terbuka Perancis.

Federer kini menduduki tempat ketiga dalam ranking pemain tenis dunia selepas Andy Murray dan Rafael Nadal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China