Cari:
China-AS Tetap Pelan Kerjasama Ekonomi Setahun
2017-07-20 16:45:27 CRI Cetak

Dialog Ekonomi Komprehensif China-Amerika Syarikat (AS) pusingan pertama dirasmikan di Washington pada 19 Julai waktu tempatan. Dialog ini dipengerusikan bersama oleh Naib Perdana Menteri China, Wang Yang, Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Terner Mnuchin dan Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross.

Naib Menteri Kewangan China, Zhu Guangyao selepas dialog itu berakhir memberitahu media bahawa kedua-dua pihak telah menetapkan pelan kerjasama ekonomi untuk setahun.

Beliau berkata, kedua-dua pihak telah mengadakan rundingan tentang pelan tersebut dan akan berusaha supaya hasil peringkat awal dapat dicapai secepat mungkin. Pelan tersebut termasuk ekonomi makro, kerjasama perdagangan dan pelaburan, serta tadbir urus ekonomi global, dengan matlamat menggalakkan hubungan ekonomi China-AS berkembang secara seimbang dan sihat.

China berharap terus menggalakkan pelaksanaan pelan tersebut dan menyelesaikan perselisihan dalam perkembangan hubungan ekonomi China-AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China