Cari:
DPRK Lancar Lagi Peluru Berpandu Balistik
2017-07-29 16:32:24 CRI Cetak

China menggesa Republik Rakyat Demokratik Koea (DPRK) mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), dan menghentikan tindakan yang boleh memburukkan situasi di Semenanjung Korea.

Gesaan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang hari ini, selepas DPRK sekali lagi melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Kata Geng, China bimbang dengan situasi semasa dan menentang pelancaran DPRK, yang melanggar resolusi UNSC serta hasrat masyarakat antarabangsa.

Pihak-pihak berkenaan diharap bertindak dengan berhati-hati untuk mengelakkan situasi bertambah buruk, dan bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China