Cari:
Armada China Mulakan Lawatan Muhibah di Arab Saudi
2017-08-01 14:23:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Armada tentera laut China tiba di Jeddah, Arab Saudi pada 31 Julai lalu untuk mengadakan lawatan muhibah selama lima hari di negara itu.

Komander armada tersebut, Shen Hao dalam ucapannya berkata, tentera laut China berharap memperkasakan pertukaran dan kerjasama yang pragmatik dengan tentera laut Arab Saudi, selain beriltizam untuk bersama-sama memelihara kestabilan dan keamanan seluruh dunia.

Selepas majlis mengalu-alukan kedatangan armada tentera laut China, anggota tentera laut Arab Saudi, kakitangan Kedutaan Besar China ke Arab Saudi, agensi-agensi China ke Arab Saudi dan wakil-wakil pelajar China bersama-sama melawat kapal-kapal armada berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China