Cari:
Kereta Mudah Sewa Diperkenalkan di China
2017-08-15 14:53:36 CRI Cetak

Perkhidmatan kereta mudah sewa jenama BMW diperkenalkan secara percubaan di Shenyang, timur laut China baru-baru ini.

Pengguna akan dikenakan bayaran RMB1.5 (RM1) sekilometer, dengan bayaran maksimum RMB200 (RM129) sehari tanpa perlu membayar kos minyak.

Pegawai kanan Kementerian Pengangkutan China, Wang Hao berkata, sistem ini membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya, selain memudahkan perjalanan orang ramai.

Sistem serupa telah diperkenalkan di lebih 10 buah bandar di China, termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen.

Lebih 40 buah syarikat menyediakan perkhidmatan kereta mudah sewa yang melibatkan lebih 40 ribu kereta pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China