Cari:
Beijing Pantau Debu di Jalan Raya
2017-08-22 14:48:41 CRI Cetak

Kawalan kualiti udara, yang merupakan antara kerja utama di bandar Beijing, dianggap lebih berkesan jika disokong tindakan untuk mengurangkan zarah halus yang berterbangan ekoran debu di jalan raya.

Untuk memantau kebersihan jalan raya, Jawantakuasa Pengurusan Perbandaran Beijing semalam mengumumkan pelaksanaan sistem tinjauan debu yang melibatkan 1,500 buah jalan di bandar raya ini.

Piawaian kebersihan yang ditetapkan untuk sampel 90 jalan ialah 0.1 gram debu secara purata bagi setiap meter persegi sebulan.

Seawal 2012 lagi, Institut Sains Alam Sekitar Beijing telah memperkenalkan kenderaan peninjau generasi pertama yang dikaji dan dibangunkan sendiri, untuk memantau sisa debu di 30 jalan di 6 daerah bandar Beijing setiap bulan.

Sampel pemantauan tersebut diperluas kepada 90 jalan sejak Mac lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China