Cari:
600 Jemaah Dipindahkan Kerana Kebakaran
2017-08-22 12:51:55 CRI Cetak
Kira-kira 600 jemaah haji terpaksa dipindahkan buat sementara selepas hotel yang diduduki mereka di Azaziyah di tanah suci Mekah dilaporkan mengalami kebakaran kecil semalam.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan, Nayef al-Sharif berkata, tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan berlaku dalam kejadian itu yang dipercayai berpunca daripada unit pendingin hawa rosak di tingkat lapan hotel berkenaan.

Kesemua jemaah yang dipindahkan itu merupakan jemaah dari Turki dan Yemen dan dibenarkan pulang semula ke hotel berkenaan selepas keadaan kembali pulih.

Ketika ini, kira-kira dua juta umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan rukun Islam kelima dan kemuncak haji akan disambut pada awal bulan September nanti.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China