Cari:
Guterres: China, Peneraju Kerjasama Selatan-selatan
2017-08-22 14:43:13 CRI Cetak

Laporan kemajuan China dalam pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dibentangkan pada majlis pelancaran Pusat Pengetahuan Pembangunan Antarabangsa China yang diadakan di Beijing semalam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam kawat tahniah kepada China menyatakan bahawa laporan itu mencerminkan usaha yang amat besar dan tekad kerajaan China untuk menggalakkan pembangunan berterusan. China merupakan peneraju sebenar bagi kerjasama Selatan-Selatan.

Dalam suratnya, Guterres menyatakan bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) bertujuan memperkasakan pertukaran dan kerjasama antara negara dan rantau yang terlibat, terutamanya dalam bidang infrastruktur, perdagangan, kewangan dan dasar berkenaan.

Beliau turut menyahut positif komitmen China untuk bersama-sama dengan negara-negara lain mempertahankan kedamaian dan kemakmuran.

Pada September 2015, China dalam sidang kemuncak pembangunan PBB, mengumumkan akan menubuhkan Pusat Pengetahuan Pembangunan Antarabangsa sebagai platform untuk menyelidik dan bertukar-tukar teori dan pengalaman pembangunan dengan negara-negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China