Cari:
China, Peneraju Pembayaran Mudah Alih Dunia
2017-08-24 14:54:18 CRI Cetak

Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengeluarkan laporan kelmarin bahawa China telah menjadi peneraju perkhidmatan pembayaran mudah alih di dunia. Syarikat gergasi dalam bidang sains dan teknologi akan memainkan peranan yang semakin penting dalam ekosistem kewangan pada masa depan.

Menurut laporan itu, pengguna platform e-bayar Alipay mencecah 450 juta, sedangkan Apple Pay hanya digunakan 12 juta orang di seluruh dunia.

R. Jesse McWaters, penulis laporan itu yang juga Ketua Pengarah Program Inovasi Kewangan WEF menganggap bahawa kadar penggunaan kad kredit yang agak rendah di China menjadikan pengguna tempatan senang menerima cara pembayaran mudah alih. Ini berlainan dengan pengguna di negara Barat yang cenderung membayar dengan kad kredit.

Selain itu, inovasi teknologi turut membawa perubahan kepada ekosistem kewangan dunia. Teknologi perkomputeran awan, kecerdasan buatan berorientasikan pelanggan dan analisis data besar memberi kelebihan kepada gergasi Internet seperti Amazon dan Google, yang dipercayai mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding institusi kewangan tradisional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China