Cari:
B&R Tumpuan Pameran Buku Antarabangsa Beijing ke-24
2017-08-24 11:50:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pameran Buku Antarabangsa Beijing ke-24 sempena Pesta Buku Antarabangsa Beijing ke-15 dirasmikan pada 23 Ogos lalu.

Pameran ini diserikan dengan kehadiran lebih 2,500 pempamer asing dari 89 negara dan wilayah, termasuk 28 negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). Antara yang dipamerkan termasuk lebih 300 ribu judul terbaharu dalam pasaran.

Beberapa ruang pameran istimewa disediakan untuk 15 ribu jenis buku hasil terbitan lebih 300 syarikat China, selain kira-kira 40 ribu buah buku untuk dipilih oleh penerbit dan perpustakaan negara asing.

Dalam ekspo kali ini, beberapa syarikat penerbitan utama China juga berkumpul untuk mempromosikan hasil mereka yang bertemakan "B&R".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China