Cari:
Infrastruktur, Pembangunan ASEAN Fokus Forum B&R di HK
2017-09-05 14:20:52 CRI Cetak
Forum Kemuncak "Jalur dan Laluan" (B&R) ke-2 anjuran bersama kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong akan diadakan pada 11 September nanti.

Pelaburan infrastruktur dan pembangunan ASEAN menjadi fokus forum kali ini, yang menyasarkan kerjasama lebih rapat dalam bidang infrastruktur dan perdagangan di samping menggalakkan pelaksanaan inisiatif B&R.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor dan Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Ning Jizhe akan hadir menyampaikan ucaptama.

Dua sesi perbincangan akan diadakan sempena forum tersebut, dengan masing-masing bertema "pelaburan B&R" dan "rakan perdagangan dan ASEAN: pembinaan infrastruktur memacu pertumbuhan ekonomi".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China