Cari:
BRICS Komited Perkasa Sinergi
2017-09-05 15:30:57 CRI Cetak

Lima negara BRICS bersepakat memperkasakan koordinasi dan sinergi dalam mempertahankan norma asas hubungan antarabangsa, menangani cabaran global dan membaiki tadbir urus ekonomi dunia.

Negara-negara terlibat juga komited meningkatkan penyelarasan strategi, memperkasakan kerjasama keselamatan dan merancakkan lagi interaksi sosiobudaya.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam sidang media di Xiamen hari ini.

Kata beliau, pertemuan antara pemimpin negara BRICS telah diadakan dengan jayanya. Deklarasi yang diluluskan dalam pertemuan itu menegaskan semula prinsip keterbukaan, inklusif dan kerjasama saling menguntungkan yang dipegang negara-negara BRICS.

Di samping itu, para peserta dialog antara pasaran baru muncul dengan negara-negara membangun, yang turut diadakan sempena pertemuan tersebut, melahirkan komitmen untuk membentuk perkongsian pembangunan yang lebih kukuh.

Pemimpin pelbagai negara bersepakat untuk membentuk model kerjasama "BRICS+" bagi mewujudkan pembangunan mampan yang inovatif, mesra alam, terbuka dan berkongsi, di samping bersama-sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China