Cari:
Presiden Xi Ucap Tahniah Sempena Perasmian CASE
2017-09-06 15:25:44 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah sempena Ekspo China-Negara-negara Arab (CASE) 2017 yang dirasmikan di Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Hui Ningxia China hari ini.

Xi dalam perutusan tahniahnya menyatakan bahawa pada era globalisasi ini, China dan negara-negara Arab menjadi rakan kerjasama penting dalam pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R).

Kerjasama saling menguntungkan antara kedua-dua pihak meliputi bidang yang semakin luas dan telah membuahkan hasil memuaskan.

Tambah beliau, ekspo ini bertema "pragmatik, inovasi, saling hubung dan menang-menang", yang sepadan dengan konsep kerjasama B&R.

Ekspo tersebut merupakan platform penting untuk kedua-dua pihak memperkasakan kerjasama.

China bersedia berkongsi peluang dengan pelbagai negara termasuk negara-negara Arab melalui pelaksanaan inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China