Cari:
Xi, Trump Berbincang Menerusi Telefon
2017-09-07 15:21:09 CRI Cetak

Pertukaran dan kerjasama antara China dan Amerika Syarikat (AS) semakin meningkat. Pasukan yang bertanggungjawab atas urusan diplomatik, keselamatan dan ekonomi mengekalkan komunikasi rapat, dan kedua-dua pihak sedang membuat persiapan untuk pusingan pertama dialog mengenai sosiobudaya serta penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan ruang siber.

Demikian kata Presiden China, Xi Jinping dalam perbincangan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya, Donald Trump, semalam.

Xi menyatakan bahawa China mementingkan lawatan rasmi Presiden Donald Trump ke China pada tahun ini, dan berharap kedua-dua pihak berusaha bersama-sama untuk menjayakan lawatan itu.

Trump pula menyatakan bahawa beliau menanti-nantikan lawatan tersebut serta pertemuan dengan Presiden Xi.

Kedua-dua pemimpin juga bertukar-tukar pendapat tentang situasi semasa di Semenanjung Korea.

Xi menegaskan, China tetap komited untuk menggalakkan pewujudan Semenanjung Korea yang bebas nuklear, mempertahankan sistem pengawalan senjata nuklear, memelihara keamanan dan kestabilan di semenanjung itu, serta pendirian bahawa isu berkenaan perlu diselesaikan melalui dialog.

Trump pula berkata AS mengutamakan peranan China dalam penyelesaian isu nuklear Semenanjung Korea. Pihaknya bersedia merapatkan komunikasi dengan China untuk mencari formula penyelesaian bagi isu tersebut seawal mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China