Cari:
Seminar BRICS di Brussels
2017-09-09 15:07:23 CRI Cetak

Seminar BRICS anjuran Kedutaan China di Belgium telah diadakan di Brussels semalam.

Pakar dan sarjana dari lima negara BRICS serta pegawai Belgium dan kumpulan pemikir Kesatuan Eropah (EU)bersama-sama membincangkan peranan BRICS di pentas dunia serta kaedah memperkukuh kerjasama antara negara-negara BRICS dengan Eropah.

Duta Besar China ke Belgium, Qu Xing ketika berucap merasmikan seminar itu menyatakan bahawa sekarang jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lima negara BRICS merupakan kira-kira 23% keseluruhan KDNK dunia, dan menyumbang lebih separuh kepada pertumbuhan pertumbuhan ekonomi global.

Semasa sidang kemuncak BRICS di Xiamen, China minggu lalu, para pemimpin BRICS berjanji akan terus memperkasakan kerjasama dalam tempoh sedekad akan datang. Kerjasama itu diyakini mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Ketua Bahagian Urusan Dua Hala, Kementerian Luar Belgium, Puan Anick Van Calster menyatakan bahawa dalam sidang kemuncak tersebut, China telah mengemukakan konsep kerjasama "BRICS+", yang memungkinkan EU diundang menyertai sidang kemuncak BRICS pada masa depan.

Menurut beliau, banyak prinsip yang ditegaskan BRICS juga dihormati EU dan semua anggotanya. Beliau berharap para peserta seminar ini dapat menjana buah fikiran baharu bagi merancakkan lagi interaksi antara BRICS dengan negara-negara lain demi membangunkan dunia yang lebih selamat, bersih dan sejahtera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China