Cari:
Rakyat Korea Selatan Terus Bantah THAAD
2017-09-09 16:03:11 CRI Cetak

Rakyat Korea Selatan dan aktivis yang memperjuangkan keamanan semalam berhimpun di depan Cheong Wa Dae untuk menuntut penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) dihentikan, di samping mengkritik Presiden Moon Jae-in mengecewakan penyokongnya.

Semasa kempen pilihan raya, Moon Jae-in berjanji akan meneliti semula keputusan untuk menempatkan THAAD dan pada awal penggalnya pula, beliau menggesa siasatan rapi dijalankan terhadap tindakan haram yang berkaitan dengan keputusan tersebut. Bagaimanapun, pada masa ini, beliau mengarahkan proses menempatkan THAAD diteruskan tanpa persetujuan kongres dan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China