Cari:
Xi Jinping Berucap dalam Perhimpunan UNWTO
2017-09-13 16:04:31 CRI Cetak

Perhimpunan Agung ke-22 Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB (UNWTO) telah diadakan di Chengdu, Sichuan pagi tadi.

Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan merasmikan sesi tersebut menyatakan bahawa pelancongan merupakan saluran interaksi penting antara negara dan budaya yang berlainan, yang turut berkesan untuk mengembangkan ekonomi dan menambah peluang kerja serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Xi menegaskan, China mengambil berat terhadap industri pelancongan yang menyumbang lebih 10% kepada ekonomi dan situasi pekerjaan negara ini.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, sebanyak 700 juta orang di China dijangka melancong ke luar negara. Pada waktu yang sama, China juga mengalu-alukan kedatangan pelancong dari luar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China