Cari:
Laluan Kereta Api Tianjin-Kazakhstan Mula Operasi
2017-09-14 16:08:50 CRI Cetak

Laluan kereta api kargo Tianjin-Kazakhstan mula beroperasi baru-baru ini.

Laluan tersebut merentasi sempadan China di pos kastam Stesen Genting Alataw di Wilayah Autonomi Xinjiang, dan merupakan laluan kereta api kargo antarabangsa ketiga yang berlepas dari Pelabuhan Tianjin.

Kereta api kargo di laluan tersebut membawa bahan-bahan pembinaan dan komponen kereta seberat lebih 1,000 tan dengan 82 kontena unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).

Laluan Tianjin-Kazakhstan akan mengurangkan masa pengangkutan dan mempermudah urus niaga khususnya bagi syarikat yang terlibat dalam kerjasama di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China