Cari:
Kadar Penggunaan Mandarin Catat 73%
2017-09-14 14:56:23 CRI Cetak

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Bahasa Negara China mengeluarkan kertas putih tentang pembangunan bahasa dan tulisan China.

Menurut kertas putih itu, China mempunyai 56 buah etnik yang menggunakan lebih 100 jenis bahasa dengan 29 jenis tulisan. Bahasa Mandarin digunakan paling ramai penduduk di China, iaitu mencatat 73% setakat tahun 2015.

Dalam pada itu, China telah menubuhkan 515 buah Institut Konfusius di 141 buah negara dan menawarkan 1,074 buah kursus pengajian Konfusius di peringkat sekolah menengah dan rendah dengan penglibatan 2.1 juta pelajar.

Menurut kertas putih itu lagi, sekolah tinggi China menawarkan 72 buah kursus bahasa asing, antaranya termasuk 10 jenis bahasa rasmi negara ASEAN, dan 24 jenis bahasa rasmi yang merangkumi negara Kesatuan Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China