Cari:
Hamas Bubarkan Jawatankuasa Pentadbiran
2017-09-18 13:55:51 CRI Cetak

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) telah mengumumkan pembubaran jawatankuasa yang mentadbir dan mengawal Genting Gaza dan bersetuju agar pilihan raya diadakan di Palestin.

Keputusan Hamas tersebut dialu-alukan oleh Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) dan pelbagai puak politik lain.

Menurut pengumuman itu, Hamas juga bersetuju memberikan hak mentadbir Genting Gaza kepada kerajaan campuran dan melaksanakan perjanjian perdamaian yang dicapai di Kaherah pada tahun 2011.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Revolusi Fatah, Majid Al-Fitiani mengalu-alukan keputusan Hamas itu dan menyifatkannya langkah pragmatik untuk menamatkan perpecahan masyarakat di Palestin.

Azzam el-Ahmad, pegawai Fatah yang bertanggungjawab atas hal ehwal perdamaian, turut menyampaikan alu-aluan terhadap keputusan Hamas itu. Katanya, Fatah dan Hamas akan mengadakan sidang dua hala, untuk membolehkan pihak-pihak pemateri perjanjian perdamaian yang ditandatangani pada 2011 menggalakkan Palestin mewujudkan penyatuan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China