Cari:
Guterres: Syarikat Swasta Penting bagi Agenda 2030 PBB
2017-09-19 13:10:38 CRI Cetak

Syarikat swasta amat penting bagi mewujudkan matlamat pembangunan mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam Forum Syarikat Swasta yang diadakan di ibu pejabat PBB semalam.

Forum yang bertemakan "pembiayaan agenda 2030, demi kemakmuran" itu disertai lebih 300 usahawan, ahli politik dan pegawai PBB dari seluruh dunia.

Guterres berkata, 17 matlamat pembangunan mapan PBB berkenaan memerlukan modal sebanyak 3 hingga 5 trilion dolar Amerika (13 hingga 21 trilion ringgit) dan tidak dapat direalisasikan tanpa penglibatan syarikat swasta dan pelabur.

Beliau berkata, PBB berharap dapat bekerjasama dengan syarikat swasta dalam tiga bidang, iaitu mengintegrasikan matlamat pembangunan mapan dengan dasar ekonomi dan kewangan antarabangsa, menggalakkan penjalinan hubungan perkongsian antara pelbagai negara dalam bidang kewangan inovatif, serta mencari sokongan kewangan antarabangsa dalam beberapa sektor yang penting.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China