Cari:
Pasukan Perubatan China Tiba di Pakistan
2017-09-23 14:13:17 CRI Cetak

Pasukan perubatan pertama China tiba di pelabuhan Gwadar, Pakistan Jumaat lalu. Sebanyak 12 anggota perubatan akan memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk tempatan selama dua tahun.

Pusat kecemasan perubatan Bo'ai China-Pakistan ditubuhkan di pelabuhan Gwadar pada bulan Mei lalu. Pusat ini akan diserahkan kepada Pakistan selepas tempoh perkhidmatan pasukan China tamat.

Suruhanjaya Palang Merah China menubuhkan Tabung Bo'ai Laluan Sutera dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) pada bulan Februari lalu untuk menjalankan program kesejahteraan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China