Cari:
Majlis Jamuan Sempena Hari Kebangsaan China
2017-10-01 14:06:22 CRI Cetak

Dewan Negara China mengadakan majlis jamuan sempena Hari Kebangsaan ke-68, di Beijing malam semalam. Majlis itu dihadiri pemimpin-pemimpin negara serta lebih 1,200 tokoh dari dalam dan luar negara.

Ketika berucap dalam majlis itu, Perdana Menteri China, Li Keqiang menyampaikan salam kepada rakyat pelbagai kaum, saudara setanah air Hong Kong, Makau dan Taiwan serta perantau China di seberang laut sempena Hari Kebangsaan.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada tokoh-tokoh asing yang memberi sokongan terhadap pembangunan modenisasi China.

Kata beliau, China akan mengekalkan prinsip Satu China serta dasar luar yang berkecuali dan damai, menjunjung konsep kerjasama saling menguntungkan dan pembangunan bersama demi memberikan sumbangan baharu kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China