Cari:
Cuti Hari Kebangsaan Pacu Industri Pelancongan Hong Kong
2017-10-04 15:26:51 CRI Cetak

Industri pelancongan Hong Kong yang kebelakangan ini menunjukkan momentum lemah mula menampakkan tanda-tanda pulih dengan kedatangan ramai pelancong dari Tanah Besar China.

Menurut Jabatan Imigresen Hong Kong, bilangan pelancong dari Tanah Besar ke Hong Kong pada 1 Oktober, iaitu hari pertama percutian Hari Kebangsaan tahun ini mencecah 206 ribu. Angka ini meningkat 9.4% berbanding tahun lalu, sekali gus mencatat rekod tertinggi untuk tempoh lima tahun lalu.

Laporan agensi pelancongan terkenal China, Tuniu turut menyenaraikan Hong Kong sebagai salah satu destinasi paling popular bagi pelancong dalam negara pada tempoh percutian ini.

Pengarah Majlis Industri Pelancongan Hong Kong, Dong Yaozhong berpandangan bahawa suasana harmoni dalam kalangan masyarakat tempatan serta ulang tahun ke-20 Hong Kong kembali ke tanah air China, menjadi faktor yang menarik pelancong dari seluruh negara ke wilayah pentadbiran khas itu.

Perbelanjaan mereka sewaktu melancong di Hong Kong turut meningkatkan pendapatan jualan pakaian, farmasi, dan barang kemas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China