Cari:
IEA: China Penggalak Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui Dunia
2017-10-06 14:40:44 CRI Cetak

Kapasiti penjanaan elektrik kuasa fotovolta (PV) di seluruh dunia pada tahun lepas meningkat 50% berbanding tahun sebelumnya. Lebih separuh daripada peningkatan tersebut adalah melalui sumbangan China.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, China dijangka kekal sebagai penyumbang utama bagi pertumbuhan sektor tenaga boleh diperbaharui dunia.

Menurut laporan tahunan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengenai pasaran tenaga boleh diperbaharui global yang dikeluarkan pada 4 Oktober lalu, kapasiti elektrik yang dijana oleh tenaga boleh diperbaharui pada tahun lepas mencecah 165 gigawatt, iaitu dua pertiga seluruh kapasiti penjanaan elektrik dunia.

Perkembangan positif ini merupakan hasil usaha menggalakkan penggunaan teknologi PV.

Laporan tersebut turut mengunjurkan bahawa kapasiti elektrik yang dijana oleh tenaga boleh diperbaharui akan melebihi 1,000 gigawatt menjelang 2022, dengan pertumbuhan mencatat 43% setiap tahun.

Pada tahun lalu, kapasiti penjanaan elektrik menggunakan teknologi PV untuk kali pertamanya mendahului bahan api lain. PV dijangka akan terus menjadi tenaga utama dalam tenaga boleh diperbaharui, di hadapan kuasa angin dan hidro.

Kapasiti elektrik PV dunia akan melebihi 740 gigawatt pada tahun 2022.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China