Cari:
China Tingkat Usaha Majukan Infrastruktur Kawasan Mundur
2017-10-10 14:15:17 CRI Cetak

China akan meningkatkan usaha memajukan infrastruktur di kawasan-kawasan mundur sebagai satu langkah untuk membasmi kemiskinan di seluruh negara.

Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Pengangkutan, Dai Dongchang dalam Forum Lalu Lintas yang diadakan sempena Forum Pembasmian Kemiskinan China 2017 di Beijing semalam.

Kata beliau, Kementerian Pengangkutan telah menambah belanjawan bagi projek-projek pembangunan lebuh raya di seluruh negara sejak tahun lalu.

Kerajaan akan terus berusaha menyelesaikan masalah pengangkutan dengan memperbaiki struktur jaringan jalan raya di kawasan berkenaan, selain menyokong pembangunan industri tempatan dan meningkatkan taraf perkhidmatan awam yang asas, bagi menambah baik kesejahteraan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China