Cari:
Tentera Turki Jalankan Misi Tinjaun di Syria
2017-10-10 14:52:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tentera darat Turki telah memasuki wilayah Idleb, Syria untuk menjalankan misi peninjauan pada 8 Oktober lalu.

Demikian diumumkan oleh Jabatan Ketua Turus Agung Angkatan Tentera Turki pada 9 Oktober lalu.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, tentera barisan hadapan akan menubuhkan kubu peninjauan di Syria bagi menggalakkan pelaksanaan hasil yang dicapai dalam pusingan baharu Pertemuan Astana, serta pembinaan zon meredakan konflik di wilayah negara itu.

Pada 7 Oktober lepas, Presiden Turki telah mengumumkan bahawa negaranya telah melancarkan pusingan baharu operasi ketenteraan di Idleb, Syria untuk menjamin keselamatan rakyat jelata dan mengelakkan terbentuknya "koridor keganasan" di kawasan sempadan antara Turki dengan Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China