Cari:
Pengguna Kereta Tenaga Baharu BAIC Cecah 120 Ribu
2017-10-11 13:08:55 CRI Cetak

Jumlah pengguna kereta tenaga baharu keluaran Syarikat Industri Automotif Beijing (BAIC) mencatat 124 ribu setakat bulan Ogos lalu. Jarak perjalanan keseluruhan yang dicatatkan semua model kereta BAIC pula melebihi 1.21 bilion kilometer, sama dengan berkurangnya pelepasan karbon sebanyak 190 ribu tan.

Dalam tempoh antara tahun 2012 hingga 2016, jumlah jualan kereta tenaga baharu BAIC meningkat daripada 698 buah kepada lebih 52 ribu buah, suatu peningkatan 74 kali ganda dalam masa hanya lima tahun.

BAIC pada bulan September lalu merasmikan pusat penyelidikan sains dan inovasi teknologi tenaga baharu di Yizhuang, Beijing. "Lembah Biru" yang meliputi kawasan seluas 110 ribu meter persegi itu menjadi pangkalan penyelidikan dan pembangunan serta pemasaran dan operasi BAIC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China