Cari:
Daesh di Iraq Akan Dimusnahkan Akhir Tahun Ini
2017-10-11 16:51:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kumpulan militan Daesh di Iraq akan dimusnahkan secara menyeluruh menjelang akhir tahun ini.

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berkata demikian dalam sidang media di Baghdad pada 10 Oktober lalu.

Haider turut memuji kemenangan yang telah dicapai oleh pasukan keselamatan Iraq dalam operasi memerangi kumpulan Daesh.

Pada bulan Julai lalu, tentera Iraq telah menawan semula Mosul setelah tiga tahun dalam cengkaman Daesh, diikuti Tal Afar dan Hawij pada bulan Oktober ini.

Pada masa ini, kawasan yang masih dikuasai Daesh di Iraq hanya tinggal pekan Shirqat, wilayah Salahudin dan tiga pekan di barat wilayah al-Anbar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China