Cari:
Mekanisme PVP antara RMB dengan Mata Wang Asing Ditubuhkan
2017-10-12 14:32:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Satu mekanisme pembayaran sama (Payment Versus Payment, PVP) di bawah Sistem Perdagangan Pertukaran Mata Wang Asing China (China Foreign Exchange Trade System, iaitu CFETS) telah diperkenalkan bagi urus niaga antara Renminbi (RMB) dengan Ruble (RUB).

Penubuhan mekanisme tersebut diluluskan oleh Bank Rakyat China (PBC) pada 9 Oktober lalu.

Hal ini turut menandakan bahawa mekanisme PVP antara RMB dengan mata wang asing telah ditubuhkan secara rasmi di pasaran mata wang asing China dan kemajuan baharu yang tercapai dalam pembinaan infrastruktur pasaran ini.

Pengurus dari CFETS menyatakan bahawa penubuhan mekanisme PVP amat signifikan bagi membasmi risiko modal yang dapat dihantar dan mencegah risiko berikutan perbezaan zon waktu urus niaga di seluruh dunia, selain menaik taraf keefisenan operasi pasaran mata wang asing.

Pada masa depan, CFETS akan terus memperkenalkan mekanisme serupa antara RMB dengan mata wang asing lain susulan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R) yang sedang giat dilaksanakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China