Cari:
Pengalaman China Basmi Kemiskinan Harus Dipelajari
2017-10-13 14:51:31 CRI Cetak

Pengalaman China yang berjaya melepaskan 800 juta rakyatnya daripada belenggu kemisiknan harus dipelajari oleh negara-negara berpendapatan sederhana yang lain.

Demikian saranan Presiden Bank Dunia (WB), Jim Yong Kim dalam sidang akhbar bagi sidang tahunan musim gugur 2017 WB dan Tabung Kewangan Dunia (IMF) di Washington semalam.

Beliau berkata, kadar kemiskinan di dunia telah susut daripada 40% kepada 10%, hasil sumbangan tidak ternilai China seiring dengan pelaksanaan pembaharuan ekonomi dan integrasi ke dalam pasaran dunia.

WB sedang bekerjasama rapat dengan China dalam pelbagai bidang, misalnya untuk membolehkan rakyat di tempat-tempat terpencil mendapat akses perkhidmatan sosial dan kesihatan.

WB bukan sahaja membantu pembangunan China, tetapi juga menimba daripada pengalaman negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China