Cari:
China Berhak Tentukan Siapa Masuk ke Wilayahnya
2017-10-13 14:52:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China sebagai negara berdaulat, berhak menentukan siapa yang dibenarkan masuk ke wilayahnya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian dalam sidang media di Beijing pada 12 Oktober lalu.

Sebelum ini, Benedict Rogers, Naib Presiden Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Parti Konservatif Britain ditolak masuk ke China selepas beliau tiba di Hong Kong.

Menteri Luar Britian, Boris Johnson dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan berhubung hal ini.

Dalam pada itu, Hua berkata, urusan Hong Kong merupakan hal ehwal dalaman negara China. Kerajaan pusat dan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong akan menangani dan menyelesaikan isu-isu relevan berdasarkan undang-undang.

China tetap membantah mana-mana kerajaan, agensi dan individu asing campur tangan dalam hal ehwal dalamannya.

Tambah beliau lagi, China membantah keras kenyataan pihak rasmi Britain berhubung hal ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China