Cari:
Shanghai, Tuan Rumah Kejohanan Kemahiran Sedunia 2021
2017-10-14 15:18:47 CRI Cetak

Menurut keputusan dibuat dalam sidang anggota Pertubuhan Kemahiran Sedunia yang diadakan di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shanghai terpilih sebagai tuan rumah kejohanan Kemahiran Sedunia ke-46 pada tahun 2021.

Sebelum keputusan tersebut diumumkan pada petang semalam waktu tempatan, Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan melalui video dalam sidang tersebut.

Menurut beliau, China menganjurkan kejohanan tersebut dilihat akan mendorong pertukaran dan interaksi China dengan pelbagai negara dalam bidang kemahiran, manakala menggalakkan warga China terutamanya hampir 200 juta remaja memperhatikan, menggemari dan menceburkan diri dalam aktiviti kemahiran.

China bersedia menyertai pelbagai aktiviti terlibat, dan terus memberi sumbangan lebih besar dalam pembasmian kemiskinan global serta pembangunan berterusan.

Xi berkata, kerajaan China akan menunaikan janjinya dalam membantu menjalankan Sasaran 2025 Pertubuhan Kemahiran Sedunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China