Cari:
Pameran Pencapaian China Disanjung Tinggi
2017-10-16 13:49:21 CRI Cetak

Pameran pencapaian China yang bertemakan "Lima tahun: Bertungkus-lumus" diadakan di Pusat Pameran Beijing baru-baru ini.

Pameran kali ini dibahagikan kepada 10 kawasan bertema dan satu kawasan interaktif, yang memaparkan hasil pembangunan sosioekonomi China sepanjang lima tahun lalu.

Antara pengunjung yang menerima undangan pihak penganjur untuk melawat pameran ini termasuk diplomat, wakil syarikat asing dan pakar asing di China.

Duta Besar Rusia, Andrei Denisov yang telah berkhidmat di China selama empat tahun, memuji-muji kepesatan pembangunan negara ini dalam pelbagai bidang terutamanya sains dan teknologi. Beliau berharap China akan terus mengambil tindakan untuk mendorong pembangunan ekonomi selepas Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) diadakan nanti.

Duta Besar Indonesia, Soegeng Rahaidjo juga menyanjung tinggi pencapaian China dalam sektor teknologi canggih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China