Cari:
GTEF ke-6 Diadakan di Macau
2017-10-17 15:10:54 CRI Cetak

Forum Ekonomi Pelancongan Global (GTEF) ke-6 dirasmikan di Wilayah Pentadbiran Khas Makau, China semalam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Ho Hau-wah, Setiausaha Agung Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), Taleb Rifai, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Negara China, Li Shihong serta tokoh-tokoh dari 16 negara Eropah tengah dan timur menghadiri majlis pembukaan forum itu.

Ho Hau-wah dalam ucapannya berkata, GTEF yang telah diadakan di Makau selama enam tahun berturut-turut dapat dilihat sebagai satu sidang kemuncak tahunan bagi industri pelancongan antarabangsa. Forum yang menjadi tumpuan dunia ini turut diutamakan oleh kerajaan China.

Taleb Rifai pula menyatakan bahawa pencapaian Makau dan GTEF dalam bidang pelancongan adalah amat memberangsangkan. Tambah beliau, pembangunan ekonomi setiap negara, tempat dan komuniti mesti dijalankan berlandaskan konsep lestari yang prihatin akan kesejahteraan rakyat.

Pelbagai aktiviti akan diadakan dalam tempoh GTEF selama dua hari ini selain enam seminar bertema bagi memperincikan hala tuju pembangunan industri pelancongan pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China