Cari:
China Sasarkan Negara Sosialis Moden yang Kuat
2017-10-18 16:38:00 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing bermula hari ini.

Dalam laporan bagi pihak Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC, Xi Jinping meminta seluruh parti agar ingat akan visi asal dan misi yang digalas, iaitu mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh dan mempergiat usaha membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat.

Merealisasikan kebangkitan semula bangsa adalah tugas yang diwarisi PKC pada era baharu ini. PKC dan rakyat akan menggembleng tenaga untuk mencapai matlamat pembangunan negara.

Kata Xi, China akan mengekalkan prinsip pembangunan secara damai, di samping bekerjasama dengan rakyat negara-negara lain untuk membina komuniti berkongsi sesama insan yang kukuh.

China akan terus memainkan peranan penting dalam sistem tadbir urus global dan membuat sumbangan kepada umat manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China