Cari:
Pelaburan China ke Negara B&R Meningkat 4%
2017-10-18 10:32:29 CRI Cetak

Menurut data terkini Kementerian Perdagangan China, pelaburan langsung bukan kewangan China ke luar negara dalam tempoh tiga suku pertama tahun ini susut 41.9%. Pelaburan ini melibatkan 5,159 syarikat di 154 buah negara dan rantau di seluruh dunia.

Dalam tempoh yang sama, pelaburan China ke 57 buah negara dan rantau yang terlibat dalam inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) berjumlah USD9.6 bilion (RM41 bilion), iaitu lebih 12% keseluruhan pelaburan China ke luar negara. Angka ini meningkat 4% berbanding tahun lalu.

Pelaburan China di Kemboja, Laos, Malaysia, dan Rusia bertambah paling banyak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China