Cari:
Orang Cina dan Perantau China Berikan Tumpuan Tinggi kepada China dalam Era Baharu
2017-10-21 12:58:43 CRI Cetak

Xi Jinping ketika membentangkan laporan dalam Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) menyatakan bahawa sosialisme yang bercirikan China telah memasuki era baharu. Orang Cina dan perantau China di pelbagai negara masing-masing memberikan tumpuan perhatian tinggi terhadap kenyataan Xi tersebut.

Pengerusi Persatuan Galakan Penyatuan Semula China di Sydney, Wang Ran berkata, pihaknya berusaha membantu perusahaan China menembusi pasaran antarabangsa, selain memberikan sokongan dalam bidang pelaburan, pembiayaan, penggabungan dan pengambilalihan. Mereka akan terus memainkan peranan sendiri untuk menyumbang kepada pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) kelak.

Pengerusi Persatuan Perniagaan China California Selatan Amerika Syarikat (AS), Ran Hongyu pula berkata, sekiranya mahu berada di pusat pentas dunia, China perlu mempunyai beberapa perusahaan yang amat berpengaruh dan berprestij di dunia, seperti Alibaba dan Tencent. Beliau yakin China dalam era baharu memiliki potensi yang besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China