Cari:
Pemikiran Sosialis Bercirikan China untuk Era Baharu Jadi Tumpuan
2017-10-23 11:40:03 CRI Cetak

Pemikiran sosialis bercirikan China untuk era baharu yang dikemukakan oleh Xi Jinping menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

Mereka menilai tinggi kemampuan Parti Komunis China (PKC) untuk mewarisi, menginovasi dan mengembangkan teori pembangunan.

Akhbar Sin Chew Daily Malaysia melaporkan, PKC telah merangka cetak biru pembangunan negara sosialis moden yang kuat dan kebangkitan bangsa China. Mereka beranggapan bahawa China perlu lebih berkeyakinan terhadap jalan dan teori pembangunan serta sistem pentadbiran dan budaya sendiri demi mewujudkan matlamat tersebut.

Akhbar Manila Standard Filipina melaporkan bahawa pemikiran sosialis bercirikan China itu meletakkan asas teori bagi PKC untuk memimpin China membangunkan negara sosialis moden yang gemilang.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura melaporkan bahawa pemikiran berkenaan mementingkan pewarisan sejarah dan perkembangan mengikut zaman. Laporan PKC menyebut, percanggahan utama didepani masyarakat China telah berubah menjadi percanggahan antara keperluan rakyat terhadap kehidupan lebih baik dengan pembangunan yang kurang seimbang dan holistik. Tafsiran mengenai hal ini mencerminkan PKC memahami keadaan sebenar di China.

Pengerusi Pusat Penyelidikan Inovasi Asia Indonesia, Bambang Suryono pula berkata, pemikiran tersebut bermakna China telah memasuki fasa baharu pembangunan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China