Cari:
Tokoh Politik Asing Beri Tumpuan Kongres PKC
2017-10-23 13:44:14 CRI Cetak

Tokoh politik asing dari beberapa negara mengutus tahniah sempena Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang sedang berlangsung di Beijing.

Presiden Namibia, Hage Geingob menyatakan bahawa pembangunan ekonomi China yang berterusan telah menyediakan model pembangunan yang boleh dicontohi negara-negara membangun lain termasuk Namibia.

"Susah sama susah, senang sama senang", inilah digambarkan melalui tindakan PKC dan rakyat China tatkala Namibia memerlukan bantuan. Rakyat China dan rakyat Namibia adalah sahabat sejati.

Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleda Zia menyatakan bahawa China terus mengorak langkah ke arah modenisasi melalui usaha PKC. Selepas kongres kali ini, PKC akan membawa China mencapai kejayaan yang lebih besar, sekali gus membuka lembaran baharu pembangunan China.

Bekas Perdana Menteri Perancis, Dominique de Villepin pula menyatakan bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) membuahkan hasil ketara dalam bidang pembinaan infrastruktur dan pelaburan rentas sempadan dalam masa singkat. Beliau yakin di bawah pimpinan PKC, China akan terus menyumbang buah fikiran baharu untuk kemakmuran dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China