Cari:
China Kongsi Data Satelit
2017-10-25 12:59:26 CRI Cetak

China akan berkongsi secara percuma data diperoleh daripada satelit cuaca geopegun Fengyun-4 dan satelit pemantau karbon dioksida pertamanya, TanSat dengan pengguna seluruh dunia.

Yang Jun, Ketua Pengarah Pusat Meteorologi Satelit Negara China, memaklumkan hal ini dalam aktiviti Hari China sempena sidang pleno ke-14 Kumpulan Pemantau Bumi (GEO) di Washington semalam.

Kata beliau, dua satelit itu merupakan hasil terbaru inovasi saintifik China dan juga sumbangan China kepada usaha mencegah bencana alam dan menangani perubahan iklim serta menjana pembangunan sosioekonomi dunia.

China akan terus menyediakan produk pemantau satelit yang lebih banyak dan lebih baik kepada pengguna di seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China